Saya sering kali mendengar keluhan wanita “ mengapa aku di jadikan sebagai perempuan”. Saya juga pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu “mengapa allah jadikan aku sebagai wanita”. Bagi saya pada waktu itu perempuan ini lemah malah selalu di tindas kaum adam. Tetapi kini, apa yang pernah terlintas di fikiran saya dahulu amat saya sesali. Subahanallah, betapa sekarang saya amat berbangga menjadi seorang wanita malahan bangga digelar kaum hawa. Bagi saya wanita itu mulia di sisi Allah. Percayalah kaum hawa islam tidak pernah menindas wanita malah wanita itu di sering di puja. Hakikatnya mengapa sering kali keluhan yang sering di dengar dari mulut kaum hawa kerna di cipta menjadi wanita. Sedarlah saudaraku betapa hebatnya kedudukan kita sebagai wanita. Islam telah menjanjikan martabat yang tinggi kepada wanita sekiranya kita patuh dan taat padanya. Insyallah semua janji allah itu benar percayalah kaum hawa sebagai wanita kita adalah makhluk yang mudah mendapat ganjaran pahala jika kita beriman kepadanya. Hadis rasulullah SAW menyebut bahawa:Wanita sekiranya dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. ( Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). Rasulullah menegaskan tiap-tiap wanita yang taat pada suaminya dan menolong suaminya di dalam urusan agama maka masuklah dia ke syurga lebih awal dari suaminya sepuluh ribu tahun kerana di dunia dia memuliakan suaminya maka di akhirat Allah memuliakannya kembali, dengan mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. Malahan bukan itu sahaja, segala jerih perih isteri yang mengandungkan zuriat suaminya mendapat pengitirafan yang amat tinngi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan kepadanya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskannya seribu kejahatan. Rasululah SAW bersabda lagi yang bermaksud:Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosanya dari serpeti ibunya melahirkannya. Subhanallah, maha suci Allah betapa besarnya anugerah yang Allah berikan terhadap kaum wanita. Betapa saya amat kagum dan malu terhadap Allah kerna pernah mempertikaikan kenapa saya di cipta menjadi kaum hawa sedangkan takdir Allah itu ada hikmahnya. Mengikut perspektif islam, wanita adalah perlengkap bagi lelaki sekaligus memelihara kesimnambungan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah mermatabatkan kaum hawa pada kaca mata islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita yang solehah.” Hadis riwayat muslim. Hadis ini jelas menunjukan betapa islam memandang tinggi terhadap kaum wanita. Di dalam al quran pula wanita di gambar kan dengan tiga fungsi penting:- pertama: wanita di anggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak di didik dan di asuh serta di bentuk mengikut acuan islam. Kedua: wanita juga ujian bagi seorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagian dan kesejahteraan hidup. Ketiga: wanita adalah anugerah yang teristimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagian hidup.
Islam menganjurkan setiap lelaki yang ingin melangkah kealam perkhawinan agar berhati-hati memilih calon isteri ini kerana kriteria calon isteri itu penting di titik beratkan bagi menjamin keharmornian, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “ janganlah kau nikahi wanita kerna kecantikannya, kelak kecantikannya akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerna hartanya, boleh jadi hartanya menyebabkan kerdehakaanmu; sebaliknya nikahi wanita yang beragama, sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu lebih baik kepadamu” - hadis riwayat Abdullah ibn Humaid. Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Agama yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan pada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak pula mendatangkan kemudaratan kepadanya. Isteri yang solehah akan menjaga maruahnya dan sewaktu ketiadaan suaminya dia akan menjaga dirinya serpeti tidak keluar rumah tanpa izin suaminya serta tidak menerima tetamu yang tidak di kenali dan sebagainya. Ketaatan seorang isteri solehah ini banyak di pengahruhi oleh firman Allah yang bermaksud “....perempuan yang solehah mestilah taat dan menjaga kerhormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah....” surah an Nisa ayat 34. Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan kerperluan suaminya, disamping sentiasa memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerna keredhaan suami merupakan anak kunci utama yang melayakannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – hadis riwayat Al Hakim dan Tirmizi.
Yang paling penting isteri yang solehah adalah menjadi pendidik dan pengasuh yang terbaik terhadap anaknya. Anak yang menerima bimbingan yang baik akan menjadi aset yang paling penting bukan sahaja kepada ibubapa malahan kepada masyarakat dan negara.Betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekaligus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru Allah menganugerahkan ganjaraan syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata keluarganya, yang menghormati suaminya, menghias diri hanya untuk suami tercinta, memelihara diri dari pandangan orang lain, yang mendengar kata- kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya dia memberikan apa saja yang di perlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakan serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – hadis riwayat Al Tausi.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ ada empat wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah, Asiah binti Muzahim, isteri firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwalid, isteri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan baginda.” – hadis riwayat Bukhari.
Asiah adalah simbol teladan kepada wanita yang beriman kerna mempertahankan keimanannya walaupun suaminya ( firaun) di murka Allah kerna tidak beriman. Walaupun hidup sebumbung dengan suaminya tetapi keimanan yang terpahat kukuh di dalam hati dan sanubarinya tidak mampu digoyahkan oleh firaun walaupun diseksa dan dipenjarakan.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketaqwaannya kepada Allah serta mampu menjaga kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabadikan diri kepada Allah. Walaupun pelbagai ujian yang beliau hadapi malahan tomahan masyarakat pada masa itu tetapi beliau tetap beriman kepada Allah.
Khadijah pula adalah simbol isteri yang solehah yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingin suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa dan raga serta hartanya untuk suami tercinta serta rela menghadapi pelbagai cabaran dan risiko dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang solehah dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera dan puterinya. Dia juga adalah ketua segala wanita, setiap detik yang beliau lalui wajar menjadi ikutan wanita hari ini.
Selain wanita mulia yang digambarkan diatas, saya juga mengagumi wanita yang tabah dan cekal hatinya malah taat pada suaminya, mereka ialah; Sumaiyah, seorang wanita yang diseksa kerna keimanan yang terpahat hanya Allah dihatinya sehingga sakit seksaan yang di hadapinya tidak terasa bertapa cintanya kepada Allah;
Siti Hajar, seorang isteri yang taat kepada suaminya yang sanggup di tinggalkan di padang pasir tanpa air membawa anaknya Ismail, kerna keimanan di hatinya dan percaya Allah sentiasa berada di sisinya untuk membantunya;
Siti Mutiah, seorang isteri yang solehah dan taat kepada suaminya, wanita pertama yang masuk kesyurga kerna sentiasa mendambakan redha suaminya, beliau adalah wanita yang dipuji Rasulullah dan di kagumi Fatimah;
Rabia’atul Adawiyah, seorang wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam, sejak kecil lagi rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan tinggi serta keimanan yang mendalam. Beliau juga tidak terlepas dari di ujian bertujuan menguji keimanannya, namun dengan limpah hidayah Allah dengan asas keimanan yang belum padam di dalam hatinya, dia dipermudahkan Allah untuk kembali bertaubat.